♥ Cik Oreo [ buah tangan ]♥ Good Shoes Take You To Good Places
Kisah Cinta Seorang Chatter ♥
was posted at 04:23 with 5 comments

Aku membatalkan hasratku untuk masuk ke dalam Meebo Kopitiam.  haishh.. ramai betul orang kat Meebo hari ni .. baru je aku nak lepak-lepak kat sini .  Aku berjalan mencari tempat yang ada WiFi . Hidup rasa tak lengkap kalau sehari tidak chatting . Aishh.. tak boleh jadi ni .. Aku kena jugak cari tempat nk online.  Haaa .. Aku dah tahu nak online kat mana . Kat Dear Café! Kenapalah aku tak terfikir dari tadi , membazir masa aku saja. Cepat- cepat aku melangkah kearah Taman Merimbun yang menempatkan Dear Café. Fuhh .. nasib baik orang kat sini tidak seramai di Meebo.

Dengan pantas aku membuka beg  notebook aku. Aku membuka laman web Dearhaniey.blogspot.com. Aku seorang yang suka chatting. Mereka yang ada kat sana sangat baik dan peramah walaupun kadang-kadang ada chatters yang suka membuat kecoh. Mereka juga kelakar dan sporting dan sebab itulah aku senang bersama mereka. Aku menggunakan nickname ‘OreO’ ketika berada dalam room chatting tersebut. Ramai jugak kawan-kawan aku yang online hari ni. Ehh.. Nina ade la hari ni .. Nina ni kawan aku dari Johor. Walaupun kami kenal di alam maya sahaja tetapi aku tetap rasa ade keserasian antara kami. Selain itu, ada juga kawan aku si chatterz tegar contohnya Leya aka ninjaG , Izzul aka sepet , Kaknur , dan banyak lagi. Mereka semua baik dengan aku.

 Suatu hari, ada seorang newbie. Dia menggunakan nickname Zorro. Aku cuba menegurnya kerana aku memang minat dengan Zorro yang dalam tv  tu.  Malangnya, dia tak membalas teguranku dan membuat tak endah. Oke!Fine. Dah sombong tue sombong la kan. Aku pun dah tak tegur dia dah lepas tue. Buat ape aku masih tegur kalau dah orang tue tak layan kita kan. Nanti orang kate muka tak cantik pipi tersorong-sorong. Cehh .. pigidaaa Mr.Zorro. Aku tak heran dohhh.
Ehhh.. ada orang PM(private message). Aku terkejut sangat sebab PM itu datangnya dari si Mr.Zorro yang agak berlagak kott. Haha !

Zorro :  Hi ! OreO
OreO : hurm .. ko nak ape PM aku neh ?!
Zorro : ehh .. ari tu ko PM aku .. aku tengah busy la .. Maafla
OreO : ye la ..ape2 aje
Zorro : kenapa ko PM aku hari tu ?
OreO : xde ape sje ..
Zorro is Quit.
Ehh.. dah out mamat ni.
Zorro is joined Dearhaniey.
OreO : kenapa ?
Zorro : Dc la   *disconnect*
OreO : ohh …
Zorro : nak fb ko boleh tak ?


Selepas itu, kami selalu chat dan berkongsi masalah. Ternyata si  Zorro aka Rayyan seorang yang baik dan dia tua 4 tahun dari aku dan masih belajar di Universiti Utara Malaysia. Suatu hari dia ajak aku buat video call. Cepat-cepat aku mencapai tudung. Rayyan seorang yang sangat comel dan muka dia jambu sangat. Rayyan cakap muka aku macam Liyana Jasmay.  Dia memang suka usik aku. Aku bukan seorang yang cantik tak mungkin muka aku mcm LJ yang comel tu. Bila aku cakap macam tu dia Cuma gelak sampai keluar air mata. Aku pun tak tahu apa yang kelakar sangat tapi aku sangat terpegun melihat muka dia semasa ketawa. Terserlah lesung pipit di kedu-dua belah pipi Rayyan .. Ohhhh.. so cute . Sebenarnya, aku dah jatuh cinta dengan Rayyan tapi mana mungkin aku nak mengakuinya dan tak mungkin lelaki sehensem Rayyan akan jatuh cinta dengan aku. Memikirkan itu hati aku jadi sayu. Namun, aku terpaksa mengenepikan perasaan aku tehadap Rayyan kerana aku sayang akan persahabatan kami dan aku tak mahu kehilangannya. Aku mahu bersamanya walau sebagai seorang sahabat.

Tett..tett..tett..
From : 0123456789
Eya , aku tak online hari ni . Aku ade hal sikit .
Maaf . =)

Aku cuba membalas messagenya tetapi pending. Dia dah off telefon. Hal ape ye ? mustahak sangat ke ? akhirnya aku tertidur di atas sofa sambil tangan menggenggam telefonku.
Hari ni sudah masuk hari ke 7 , Rayyan masih tidak menghubungiku. Hampir setiap hari aku online tetapi dia masih tidak online. Aku juga ada menghantar message kepadanya tetapi masih tidak berbalas dan pending. Apakah yang terjadi kepada Rayyan ? Kenapa dia tak message aku ? macam-macam yang bermain dibenakku.
2 minggu ! dah 2 minggu Rayyan tak hubungi aku.  Tiba-tiba aku rasa sedih dan sayu. Aku fikir mesti dia dah jumpa orang lain dan melupakan aku. Kalau tak kenapa dia tak telefon aku atau message aku. Aku mula fikir perkara yang bukan-bukan. Hampir setiap hari aku menangis mengenangkan Rayyan dah melupakan aku. Namun aku bertekad untuk melupakannya. Mungkin aku bukanlah sesiapa padanya.

Pada suatu hari, van Pos Laju datang ke rumahku. Dia memberikan aku sebuah kotak yang sederhana besar. Setelah menandatangan sehelai kertas , aku membawa kotak itu kedalam rumah. Dari siapa agaknya hadiah ini. Hati aku berdebar-debar semasa membuka kotak ini dan otakku masih memikirkan isi kotak ini.
Aku melihat sekeping papan yang cantik ukiran dan buatannya. Aku memusing belakang papan tersebut. Di belakangnya tertulis Rayyan dan Eya. Ternyata hadiah ini daripada Rayyan.  Aku mencapai sehelai kertas yang diletakkan bersama papan yang berukir nama aku dan dia.

Eya,
Aku mintak maaf untuk 2 minggu yang dah ko bazirkan untuk menunggu aku. Aku tak berniat nak buat ko tunggu aku. Tetapi aku telah dimasukkan ke hospital pada hari terakhir aku message. Sebenarnya aku menghidap brain cancer yang dah kritikal. Maafkan aku kerana tak memberitahu ko awal. Aku khuatir ko akan meninggalkan aku. Disaat ko membaca surat ini, aku sudah tiada di bumi Allah ini sygku. Eya, for the first and last time, I Love You.                     
                                                                     Rayyan azrae’i   


Hati aku menjerit sayu . Rupa- rupanya Rayyan dah pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya. Aku juga sayangkan kau Rayyan. Air mataku menitis buat kesekian kalinya.       




         

Labels:




| MY SWEET FUTURE