was posted at 05:16 with 5 comments
“ Mata kau letak mana haa ? tak nampak ke orang kat depan
ni ?!” jerkah Lily.
Dia naik berang apabila seorang lelaki yang tidak
dikenalinya melanggarnya yang sedang membawa Capuccino blended. Habis
tumpah air yang dipegangnya. Kebetulan Lily memakai baju yang berwarna putih
pada hari itu.Habis kotor bajunya . Baju kesayangan ni kot ! Arghhhhh , stresss
hakuuu !
“Tak boleh ke tegur orang baik-baik? Awak tu perempuan.”
Jawab pemuda tersebut
“So what , kalau aku perempuan ? senang-senang ja
kau je langgar aku .. bengang betul aku..”
“Saya minta maaf la saya tak sengaja langgar awak. Saya tak
perasan , Siapa suruh awak sekeping macam papan .”
“ Tak sengaja kau cakap? kau bergurau senda kat
tengah-tengah laluan orang ade orang suruh ka ?” jerkah Lily.
Lily meninggalkan pemuda itu terkebil-kebil di situ. Dia
bengang kerana lelaki itu melanggarnya hanya disebabkan sedang asyik bergurau
senda dengan rakan-rakannya sampai tidak perasan yang dirinya berada di
hadapannya.
“Kenapa ni Lily . masam aje muka tu ? “ Tanya Puan Sri
Zuriati.
“Tak da ape-ape lah ibu, Lily Cuma bengang ngan sorang
mamat ni bu.”
“ Mamat mane pula ni Lily ? cuba cerita kat ibu .” Puan
Sri Zuriati mengusap belakang anak bongsunya, Nurul Adalia Balqis.
“ Tadi, Lily pergi kat Café yang Lily selalu pergi tu,
biasalah nak beli Capuccino blended yang Lily selalu beli. Then, masa Lily
jalan keluar dari kedai tu, ada lah sekumpulan mamat poyo ni sedang bergurau
senda sampai tak perasan Lily kat depan diorang buu, habis tumpah air kat baju
, tengok niii , habis kotor baju kesayangan Lily ni haaa , ” cerita Lily kepada ibunya. Lily memang anak
yang manja walaupun luarannya agak kasar kerana adik beradiknya terdiri
daripada lelaki semuanya.
“Lily, budak tu kan tak sengaja.”
“Ibuu, sape suruh diorang gurau senda kat tengah jalan ,
jalan tu bukannya tempat bergurau. ”
“Dah la, tak payah fikir, ibu dah masakkan lunch kamu,pergi mandi lepas tu turun makan .
Tak payah masam masam ni ibu tk suka , ”
“Baiklahhh ibu ,”
***
“hoiii !! senyum sorang-sorang ni kenapa ?” sergah Iqbal
dari belakang.
“Ape kau ni Iq ? sergah orang?” marah Haqeem Muslim.
“Amboi garangnya bapak singa ni ..”
“ Aku bukannya marah kau Iq, tapi aku terkejut “
“Oke ! aku minta maaf la buat kau terkejut Qeem sorry .”
Iqbal mengajak Haqeem ke padang kerana ada latihan
bola keranjang. Mereka biasanya berlatih di padang yang disediakan di kolej
mereka sahaja kerana dekat dekat rumah sewa mereka. Iqbal Hariz seorang anak
orang kaya yang low profile. Dia tidak pernah bergantung harap kepada ibu bapanya semata-mata. Iqbal dan
Haqeem berkawan sejak mereka masuk kolej itu kali pertama. Haqeem Muslim juga
merupakan anak orang kaya , namun mereka lebih selesa hidup berdikari di rumah
sewa daripada hidup dirumah besar yang sunyi sepi kerana masing masing sibuk
bekerja , dengan papanya yang sibuk ke luar negara menguruskan perniagaannya ,
mama pula sibuk dengan rumah anak yatimnya. Oleh itu , dia lebih senang tinggal
bersama rakannya , tidak lah dia bosan keseorangan dirumah
.
****
“Hello, abg kat mana tu ?”
“Abg kat rumah sewa la .. kenapa ?”
“ Lama tak nampak abg kat kolej .. rindu kat abg ,
bila nak balik ? macam rumah jauh sangat aje . ”
“ I miss you too baby boo .. abg baru balik lawatan kat
pulau pangkor la”
“Ehh.. Lily tak tahu pun , sampai hati tak bagitahu Lily
, ade hadiah untuk Lily tak ?”
“Abg ada bagitahu ibu hari tu , Lily mne kisah pasal abg kan.. sbb tu lah
Lily tak tahu . Hadiah je yang dia tahu. ”
“ Lahh , Abg yang tak bagitahu Lily .Abg.. kita keluar esok nak ?”
“Ye la .. cakap kat ibu tu ..mintak duit siap-siap
.. hahaha”
“Alah abg.. orang nak mintak dia belanja”
“Nk beli ape Lily ?”
“Blackberry”
“Amboiii… mintak kat papa duit ..”
“Yela..yela..byebye abg kedekut .”
“ Bukan kedekut , abg simpan duit nak kahwin lah . Haha .
Byebye syg..muahhh”
“Gedik !”
Kata-kata adiknya disambut gelak tawa oleh Iqbal. LilY
merupakan adik bongsunya dan Lily merupakan satu-satunya adik yang dia ada. Dia
mempunyai dua org abang.
“ Oitt! Gayut dengan makwe !”
“Ehh mak kau meletup !”
Latah Iqbal disambut gelak tawa oleh Haqeem. Iqbal
mengajak Haqeem keluar bersamanya dengan Lily.
“ Tak mahu lah aku..kacau daun je nanti”
“Jom lah”
“Taknak lah aku , nanti tak pepasal makwe kau tu jatuh
cinta kat aku , tak ke merana kau nanti ?”Haqeem tergelak
“Kepala hotak kau , Jomlah , dia bawak kawan dia lah.”
“Ye ke ni ? Jangan nak kelentong.”
Iqbal mengangguk. Lagipun Iqbal berkenan kalau Lily dan
Haqeem bercinta. Sangat secocok. Iqbal tersenyum-senyum sendirian memikirkan
idea dia ingin menjodohkan adiknya, Lily dan kawan rapatnya,Haqeem.
***
Lily menjeling Haqeem yang berada didepannya. Haqeem
ternganga apabila melihat gadis yang menjadi teman wanita sahabat karibnya itu
merupakan gadis yang sama yang dilanggarnya di Café tempoh hari. Frust betul !
macam mana Iqbal boleh berkenan dengan gangster ni, haha.
“Ni gadis gangster ni makwe ko ke Iq?” Iqbal hanya
tersenyum
“Abg.. sape yang abg bawak ni..?”Tanya Lily . Dia sengaja
berkelakuan gedik di hadapan rakan abgnya itu.Dia menarik-narik baju Iqbal.
Berkerut dahi Iqbal.
“Ni kenalkan kawan abg, Haqeem”
“Qeem, kenalkan ni ad..”
“Hii ..aku Lily.. GF Iqbal” belum sempat Iqbal
menghabiskan ayatnya Lily menyambung. Iqbal hanya menggeleng.'apesal plak Lily
ni..ade lah tu yang tak kena dengan Haqeem..hurm..pham-paham jela adik aku
sorang ni’
*****
“Lily tu bukan makwe aku Qeem .. “
“Eh.. kenapa pula kau tiba-tiba cakap pasal Lily ni ?
Buang tebiat ?” Haqeem kaget.
“Aku nampak cara kau tengok adik aku tu Qeem , kau suka
dia kan ? haha”
“Jadi, Lily tu adik kau la ?”
“Ye.. Lily tu adik aku , the one and only .. aku nampak
dia macam allergic dengan kau.. kalau tak kenapa dia sampai mengaku aku ni
pakwe dia.. haha”
Haqeem menceritakan peristiwa yang berlaku antara dia dan
Lily. Iqbal berkata yang adiknya itu seorang yang kasar pada luarannya dan
kalau berada dalam kalangan keluarganya akan berubah watak menjadi seorang yang
manja.
“Kau jatuh cinta kat adik aku kan Qeem “
“Err..emm.. ape kau cakap ni Iq.. mengarut lah” muka
Haqeem memerah. Amende lah Iqbal ni buat aku malu je , taik toi , haha
“Mengaku je lah Qeem”
“A..aku”
“ Haha.. sejak bila kau jadi gagap ni ?”
“Tapi dia macam tak suka kan aku Iq .. macam mana aku nk
buat dia sukakan aku”
“Aku kenal adik aku tu.. Kau jangan risau la Qeem ”
****
“Hello.. sapa ni ? nak cakap dengan sapa ?”
“Nak cari Lily..”
“Yup .. Lily’s
here.. who’s
there?”
“Manjanya suara dia.. Ya Allah , ”boleh tergugat iman aku
macam ni . Astaghfirullah. Haqeem beristighfar dalam hati
“Ape dia ?? Tak dengar la ..cakap kuat siket bole tak ?”
ujar Lily kasar.
“ Ehh .. Haqeem ni ..”
“ Haqeem … Haqeem mna ye ??” Tidak ingat pula dia ada
kawan yang bernama Haqeem , ke kawan sekolah rendah ? mengarut betul !,
“ Kawan Iqbal ..” sebaris kata-kata yang membuatkan Lily
mencebik.
“Ohh.. kau..kau nk ape ?”
“Nak kawan …”
“Maafla aku dah ramai kawan sekarang”
“Err.. sebenarnya Qeem nak mintak maaf pasal langgar Lily
hari tu “
“Ohh .. aku dah maafkan, hal lama … ade ape-ape lagi ?”
“I Love You”
“Gila !”
‘Mamat ni gila ke ape .. tiba-tiba cakap I love you’.
Tiba-tiba hati Lily rasa berdebar. Dia cuba mengingat kembali wajah lelaki yang
telah jatuh cinta dengannya. ‘mamat tu hensem juga tapi malangnya aku tak rasa
ape-ape pun kat dia’.
****
Ainaa mengajak Lily ke majlis makan malam sejati .Lily
menolak kerana dia memang tak suka menghadiri majlis formal. Tah pape je makan
malam konon. Lagipun dia ingin mengelak daripada bertemu dengan Haqeem. Sudah
semestinya Haqeem akan menghadiri majlis itu kerana abangnya,Iqbal ada
mengajaknya ke majlis tersebut.
Akhirnya Lily terpaksa menghadirkan diri ke majlis
tersebut kerana Ainaa memaksanya dan dia tidak sanggup untuk menghampakan
perasaan rakannya yang ingin menghadiri
majlis itu atas jemputan Iqbal. Rupa-rupanya abangnya jatuh hati dengan
rakannya, Ainaa , dalam diam diam yer abang , gedik !
***
“Lagu ini saya tujukan khas kepada ..gadis yang berbaju
kurung putih di hujung sana, Nurul Adalia Balqis”. Semua mata tertumpu kepada
gadis yang sedang berdiri sambil memegang gelas yang berisi air anggur.
“Terimalah sebuah lagu daripada saya,Lelaki ini” uajr Haqeem
sambil memetik gitarnya.
Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…
Haqeem turun dari pentas menuju kearah Lily. Haqeem
menghulurkan tangannya kepada Lily.
“Lily. I love You with all my heart , Qeem dah jatuh hati
dengan Lily sejak Qeem terlanggar Lily hari tu lagi ,”
Air mata Lily gugur . ‘Ya Allah, mungkinkah lelaki ini
sangat ikhlas mencintaiku,mana mungkin aku menolaknya sesungguhnya hatiku juga
tertawan dengan keikhlasan yang ditunjukkannya”
“With pleasure my dear” ucap Lily sambil tersenyum.
Hadirin yang berada di dalam dewan tersebut bertepuk
tangan. Ada juga yang menitiskan air mata. Over sikit ending . :D
Labels: Cerpen
REWIND ME THE PAST | MY SWEET FUTURE

