was posted at 22:33 with 2 comments

Anis melambai kearah Farhan yang melilau mencarinya di Café Blossom. Mukanya kelihatan masam mencuka.
“Eh, Kenapa muka kau masam macam kera nak terberanak ni A'an ?” Tanya Anis pelik.
“Kenapa kau tak tunggu aku nak datang sini ? Kan aku suruh tunggu aku dulu .” Farhan meluahkan rasa tidak puas hati apabila ditinggalkan Anis.
“Lahh, kau bukannya freshie , bukan tak kenal Café ni. Tu pun nak marah ke ? ape barang ! “ Anis ketawa mengekek.
“Lapar ni, kau belanja aku ya,”
“Asyik aku je yang belanja kau, ingat aku ni kerja cop duit ke ?”
“Ala, macam aku ni orang lain pulak, kitakan sahabat sehidup semati ”
“ Eeeee , hari hari tu je la modal kau nak bodek aku belanja kau . Menyampah ! “
Tiba-tiba Sony Xperia Neo Anis mengalunkan lagu Scream and Shout . Anis mencari Sony kesayangannya itu di dalam beg sandangnya .
“Hello, Hah Awis ! ada apa ?” Tanya Anis sebaik sahaja mendengar suara Awis di hujung panggilan.
“Kau ni dah tak reti nak bagi salam ke Anis ?! main terjah jeeeee ! Kau kat mana ? aku dengan Isha dari tadi cari kau dengan Pa’an. Pa’an ada sekali dengan kau ke ?” Tanya Awis.
“Hehehe . Lupa lupa . halah kau pon sama . Bukan bagi salam ponnn . Kitorang kat Café Blossom ni, rasanya tadi aku dah pesan kat Isha yang nak jumpa kat sini lepas masing-masing habis kuliah.” Ujar Anis bersungguh-sungguh.
Anis menyimpan kembali Sonynya itu kedalam begnya. Dia memandang wajah Farhan dihadapannya sambil menongkat dagu .
“Kenapa kau tengok aku macam tu ? Hensem sangat kah aku ni ?” Farhan bertanya sambil tangan kanannya membetulkan rambut terpacaknya itu.Perasan sungguh mamat nih .
“Perasan ! Dah la keding , bajet hensem sungguh . cepatlah pesan, aku belanja.”Putus Anis.
Sememangnya Farhan memiliki wajah yang agak menarik. Keningnya lebat. Warna kulitnya sawo matang dan Farhan lebih tinggi jika dibandingkan dengan Awis. Farhan juga mempunyai ramai peminat wanita termasuk 'bapok' . Hahahahahaa .
“Aku nak nasi putih dengan tomyam seafood and ayam goreng. Green apple juice!” Farhan memesan makanan kegemarannya.
Awis dan Farisha mengambil tempat. Mereka turut memesan makanan kerana perut sudah berkeroncong dan mengalunkan lagu yang tak enak didengar .
“Pa’an ! kau perasan tak junior yang selalu sengih sengih macam kerang busuk kat kau tu ?”tanya Awis.
Farhan berfikir sejenak sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu . Terbayang di otaknya seorang gadis yang memakai dress berwarna pink dan selalu memakai cermin mata tanpa kantanya. Katanya style. Farhan perasan gadis itu sentiasa tersengih dan tergedik - gedik jika terserempak dengannya dimana-mana. Tahulah aku hensem . Hahaha
“Ohh, that girl, why ?”
“Dia ada mintak nombor telefon kau dekat aku tadi, tapi aku tak bagi sebab aku takut kau marah” Awis tersengih menampakkan giginya yang putih bersih dan tersusun rapi itu. Awis juga seorang yang agak kacak. Mukanya iras pelakon Aiman Hakim Ridza namun dia kurang ketinggian dari pelakon itu .
“Okay then, tak payah bagi lah. Takda masa aku nak layan perempuan macam tu . ” Ujar Farhan sambil menghirup tomyam seafood.
Anis memandang Farhan sambil mengerutkan dahinya.
“Apsal ?” Farhan pelik Anis memandangnya dengan pandangan yang aneh.
“Kenapa taknak bagi ? Budak tue okay ape ? Comel je. macam sape nama pelakon yang selalu berlakon dengan Shaheizy Sam pujaan hati aku tu ? Lupa daaa .” Ujar Anis.
" Yana Shamsudin !! " jerit Farisha sambil memetik jari sambil tersengih .
“Hey Anis Azzahraa yang cantik,cun,comel,manis dan anggun, aku peduli apa dia comel, kau seribu kali comel dari budak tu tau, aku rela kahwin dengan kau dari kahwin dengan kahwin dengan dia.”
“Aik, bila pulak aku suruh kau kahwin dengan budak tu, aku suruh kau usha je. Mana tau sangkut kan Awis?”
Awis pantas menggeleng. Dia ketawa terbahak-bahak. Farisha disebelahnya juga mengekek.
“Pa’an tu tak sanggup menduakan kau Anis, kau sorang je buah hati pengarang jantung dia , kau tahu takkk , kan Pa'an kan kan kan . ” Usik Awis. Pipi Anis memerah.
Mereka ketawa melihat Anis kalut.
“Hepp, korang ni saja tau usik aku. Aku bagi pelempang sorang sorang baru korang tahu erti penyesalan . ” Marah Anis. Walaupun dia dan Farhan hanyalah sahabat namun dia malu diusik seperti itu.
“Anis, kau sayang aku tak ?” Tanya Farhan masih mahu mengusik Anis. Dia suka melihat Anis yang kalut. Anis kelihatan comel apabila pipinya merah.
“Apa jenis soalan kau ni A’an ? kau kan kawan aku mestilah kau sayang, Awis pun aku sayang, Isha pun aku sayang.” Pipi Anis memerah lagi. Farhan memang macam tu . Tapi kalau orang tak kenal dia mesti orang tu akan cakap dia sombong dan garang.
Farhan ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Anis. Dia tahu Anis ingin menutup malunya.
“Dahla tu Pa’an, kesian Anis. Padahal kau yang terlebih sayang kat Anis kan sebab tu kau tak layan perempuan lain kan . haa jawab jawab . ”Farisha membela Anis. Dia juga terhibur dengan telatah mereka.
“Aik , ape pulak aku jadik bahan ni . Haha . Halah . Bila lagi nak usik Anis ni, kita pun tinggal lagi 2 bulan nak habis, lepas ni masing-masing dah sibuk. Mana leh jumpa macam ni dah . Entah entah masing masing dah lupakan masing masing kan . ” Sayu kedengaran apabila Farhan menuturkan ayat terakhirnya .
*****
Anis membetulkan tudungnya yang senget ditiup angin. Hari itu, mereka berempat menghabiskan masa di pantai. Kebetulan mereka berempat tiada kelas pada hari itu. Lebih kurang seminggu lagi mereka akan menghadiri majlis konvokesyen sebelum memasuki alam pekerjaan.
“Aku rasa sedih pulak nak tinggalkan korang. Rasa taknak berpisah dengan korang. Rasa tak lengkap hidup aku tanpa korang. Kalau korang takda macam mana la agaknya nanti kan ? ” Luah Farhan menimbulkan rasa sayu dihati rakan-rakannya. Mereka membisu dan melayan perasaan masing-masing.
“Esok hari jadi aku. Korang nak bagi hadiah apa kat aku . Aku nak kek SR oke , yang kedai tepi jalan taknak oke . ?” Tanya Anis memecah keheningan yang diciptakan mereka sebentar tadi sambil cuba menceriakan suasana yang hambar antara mereka.
"Eh eh , demand gile , kek kedai tepi jalan pon orang pon tak hingin nak bagi lah . Hahah " Awis mula mengusik Anis .
“Esok hari jadi kau ke Nis ?” Tanya Farhan sambil tersengih. Dia sengaja mengusik Anis. Dia ingat sangat hari jadi gadis di depannya itu malah dia sudah menyediakan hadiah yang paling istimewa buat gadis itu. Seingatnya dia tidak pernah memberi hadiah hari jadi pada mana mana gadis kecuali adik bongsunya .
Anis sudah memasamkan mukanya apabila mendengar soalan yang diutarakan Farhan. 'Kurang asam punye Aan , tak ingat hari jadi aku . Siot'
“Sampai hati kau A’an” Anis berkecil hati.
Farhan mengetuk kepala Anis sambil tersengih.
“Aku ingat la, saja tanya, janganlah merajuk, buruk muka kau kalau merajuk. Macam asam jeruk .” Farhan ketawa terbahak bahak . Dia membayangkan muka asam jeruk digandingkan dengan muka Anis Azzahra.
Awis dan Farisha ketawa. Mereka sudah lali dengan perangai Farhan dan Anis. Pelik juga kenapa diorang tak bercinta. Mereka nampak sepadan dan serasi jika digandingkan bersama.
Anis tersengih sambil menarik rambut Farhan yang terpacak itu.
“Aduhh ! ape main rambut mahal aku ni. Pantang ni pantang . “ marah Farhan sambil membetulkan kembali rambutnya.
“Perasannya !”
*****
Anis memandang kasut tumit tinggi merah jambu yang dihadiahkan oleh Farhan sempena hari jadinya 2 hari lepas. Disepak-sepak kasut tumit tinggi itu. Entah mengapa dia rasa sakit hati dan cemburu apabila melihat Farhan bermesra dengan budak junior yang Awis beritahu itu. Masih terngiang-ngiang suara Farhan dan Milya pada hari itu. ' Hari tu beria kata rela kahwin dengan aku dari kahwin dengan budak gedik tu , sekarang apa jadi ?! Hisshhhh bengangnya aku ! Siap ber-abang abang bagai !'
“Abg Pa’an dengan Anis tu ada apa-apa ke ?” tanya Milya dengan manja sambil tangannya menggulung rambutnya yang sudah sedia bergulung itu.
“Mana ada apa-apa, abg dengan dia kawan biasa. Kenapa ?”
“Saja tanya. Lagipun dia nampak macam suka kat abg je” Milya cuba melunakkan lagi suaranya.
“Eh, Yeke ? Abg takde apa perasaan pun kat dia. Milya lagi cantik dari dia. Milya , abg nak tengok telefon Milya boleh ..”
Anis terus berlari menuju ke tandas. Dia tak sanggup mendengar mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Farhan. Hatinya remuk.
‘aku cantik seribu kali dari si Milya tu konon! Aku benci kau A’an !!’
Anis menendang kasut tumit tinggi merah jambu itu kepintu. Kebetulan Farisha menolak pintu biliknya dari luar. Anis kaget lantas menyapu air matanya .
“Kenapa ni Anis ?” tanya Farisha apabila melihat kasut tumit tinggi merah jambu itu berada di depan pintu bilik Anis.
“Ada lipas tadi kat kasut tue, aku takut, aku baling la.” Ujar Anis sambil tersenyum kelat. Farisha mengerutkan dahi. Dia tidak percaya namun didiamkan sahaja.
Hari konvokesyen telah tiba. Hari itu juga hari terakhir mereka disana. Masing-masing akan pulang kerumah masing-masing. Farhan akan pulang ke Johor, Awis pula pulang ke Pulau Pinang begitu juga dengan Farisha. Anis sahaja yang memang berasal dari sana.
“Aku tak Nampak Anis pun lepas majlis ni, kan kita dah janji nak jumpa buat kali terakhir.” Ujar Farhan.
“Aku pun tak nampak dia lagi lepas majlis tu. Takkan dah balik kot.” Awis juga pelik.
Farisha menekan-nekan telefon bimbitnya dan cuba menghubungi Anis namun tidak aktif.
“Telefon pun tutup .” ujar Farisha.
Farhan pelik . Mana Anis .
*****
“Kira! Masuk bilik saya kejap.”
Syakira mengetuk pintu bilik bosnya.
“Get in Kira.” Ujar bosnya itu.
“Yupp boss! Anything that I can help you ?” tanya Syakira.
“Saya nak awak tetapkan meeting dengan AAZ Interior Design . Boleh tak ?” Farhan memberi arahan kepada setiausahanya.
Syakira mengangguk lalu mencatat arahan dari CEOnya tadi bimbang terlupa.
Farhan menggantikan bapanya menguruskan syarikat warisan keluarganya.
“Cik Zahraa , esok Cik ada meeting dengan client Cik dari Sutera Holding, Encik Hilmy jam 10 pagi di pejabatnya.” Ujar personal assistant Anis.
Anis hanya mengangguk sambil meneruskan kerjanya yang betimbun selepas dia bercuti selama seminggu untuk menguruskan perkahwinan kakaknya Nasya.
Mulut Anis ternganga luas melihat nama yang terpampang di pintu pejabat clientnya itu. Hatinya bagai nak meletup. ‘CEO : FARHAN HILMY’. Namun demi kerja digagahkan juga tangannya mengetuk pintu bilik tersebut.
“Yess ! masuk.” Farhan bersuara.
Anis melangkah lemah. Dadanya berdebar . Farhan yang sedang asyik menulis masih tidak mengangkat mukanya untuk melihat tetamunya itu.
“Assalamualaikum Encik Farhan ” Anis memberi salam.
“Waalaikummussalam, Cik ..” Farhan mengangkat mukanya.
“Anis, Anis Azzahraa” sambung Anis.
Farhan terkejut mendengar sebaris nama yang diucapkan wanita dihadapannya. Orang yang dicari-cari selama 5 tahun sekarang berada di depan mata.
“Anis.”
" Hai Aan."
Anis mengangkat keningnya sambil tersengih. 5 tahun cukup untuknya melupakan peristiwa tersebut dan melupakan perasaanya pada FArhan yang masih bersisa.
“Jom. Ikut aku !” Farhan menarik tangan Anis keluar dari pejabatnya.
"Nak pergi mana ?"
Farhan membawanya ke sebuah taman tasik yang dipenuhi bunga yang berwarna-warni.
“Kenapa kau blah macam tu je hari tu ?”
“Aku .. aku penat .. so, aku balik je la.”
“Bongok ! aku tunggu kau macam orang bodoh je . Boleh kau balik macam tu je . !”
“ Sape suruh kau tunggu aku . Aku tak suruh pon .?”
“ Sebab . . . Aku sayang kau ! Aku cinta kau !”
Anis terpempan. Namun dia sudah tidak mempercayai setiap tutur kata lelaki dihadapannya. Anis tergelak.
“Kenapa kau gelak ?”
“Kau suka usik aku kan. Still macam dulu. Still tak berubah walaupun dah 5 tahun.”
Farhan menggeleng. Dia memandang wajah polos Anis.' kenapa kau bengap sangat, sayang’. Farhan mengeluh.
“Kau dengan Milya macam mana ?” tanya Anis ingin tahu.
“What ?! Milya .. Milya mana ?”
“Milya budak junior tu.”
“Ohh, so, sbb tu lah kau sanggup balik awal takjumpa kitorang ?”
Anis senyap.
“Kau pandang aku.”
“Taknak. Kau tak hensem!”
“Degil . Still tak berubah . ”
Farhan memandang ke bawah. Dia kecewa dengan sikap Anis. Namun dia tersenyum melihat kasut tumit tinggi yang dihadiahkan olehnya kepada Anis dahulu masih dipakai.
“Kau pakai lagi kasut ni. Sesuai ngan kaki kau. Pandai aku pilih .” Farhan memuji diri sendiri .
“Perasan !”
“Comel je kat kaki kau. Sesuai sangat!”
Anis mencebik. Farhan tak habis-habis dengan perangai puji diri sendirinya itu.
“Buat muka ! buat muka !”
Anis ketawa terkekek-kekek. Dia geli hati melihat wajah Farhan yang buat-buat marah itu.
“Balik jom !” Anis mengajak Farhan pulang.
“Wait ! Kejap la , Belum lepas rindu lagi ni . ”
“Ape lagi A’an . Merepek je .”
“Sebenarnya hari tu aku bukan nak tackle si Milya tu, kan aku dah kata kau seribu kali lagi cantik dari dia. Budak tu ada niat nak kenakan kau sebab dia cemburu kita rapat. aku dengar dia ambil gambar kau. Then dia nak edit and tampal kat notice board. Too much la budak tu.”
“Sebab tu la hari kau mintak nak tengok fon dia kan ?”
“Kau dengar ke ?”
Anis mengangguk.
“Aku delete gambar kau kat fon dia. Banyak giler gambar kau kat fon dia.”
“Thanks A’an.”
Anis tersenyum. Dia tidak sangka niat Farhan baik. Dia yang salah sangka.
“Anis ! Aku … nak jumpa parents kau hujung minggu ni boleh tak ?”
“Nak buat apa ?”
“Aku .. aku … “
“Aku .. aku .. aku ape !”
“Aku nak pinang kau ! “ Farhan melatah.
“Hah ?!!! “ Anis terkejut. Dia tidak percaya. Dia tersengih.
“Usik aku lagi la tu. Aku takkan tertipu.”
“Aku sayang kau la Anis Azzahraa !”
“Oke ! hantaran kasut tumit tinggi merah jambu ek.” Anis tersenyum sambil mengangkat keningnya. Farhan ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang lucunya.
"Eeee muka tak malu nyaaaa , belum ape ape dah cakap pasal hantaran . " Farhan mengusik Anis
"Kurang asam !"
"Kau mesti berangan nak kahwin dengan aku kan ?"
"Sape cakap? Perasan ."
"Kau tak sayang aku ke Anis" Farhan membuat muka serius.
"Err . aku aku . "
"Jom lah balik. " Farhan berjalan perlahan lagak orang patah hati .
“Aku sayang kau jugak Farhan Hilmy yang poyo !!” jerit Anis.
"Yess ! akhirnya . Haha "
******
“Aku terima nikahnya, Anis Azzahraa binti Yusoff dengan …….. “
‘Akhirnya Muhammad Farhan Hilmy jadi milik aku selama-lamanya. Alhamdulillah ’. Anis tersenyum sendirian.
REWIND ME THE PAST |

